Utama Berita Automotif Cukai jalan tamat tempoh, JPJ sita Mercedes CLA180

Cukai jalan tamat tempoh, JPJ sita Mercedes CLA180

10

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyita sebuah Mercedes Benz CLA180 selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tidak memiliki perlindungan insurans.

Menerusi Ops Luxury yang dijalankan itu, pihak berkuasa turut mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu (CDL) yang sah.

Justeru itu, kenderaan berkenaan disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Elmina untuk tindakan lanjut.

JPJ Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian serius dan menjalankan pemantauan berterusan terhadap semua aduan bagi memastikan peraturan jalan raya dipatuhi.

“Kami tidak akan berkompromi. Pemantauan akan dilakukan secara konsisten bagi memastikan setiap kenderaan di atas jalan raya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan kesalahan lalu lintas boleh menyalurkan aduan ke emel aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui aplikasi e-aduan dengan menyertakan butiran lengkap pengadu dan aduan untuk tindakan pantas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here