Utama Berita Automotif Landasan 3 KLIA beroperasi sepenuhnya tujuh hari lebih awal daripada jadual

Landasan 3 KLIA beroperasi sepenuhnya tujuh hari lebih awal daripada jadual

12

Landasan 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi sepenuhnya tujuh hari lebih awal daripada jadual.

KLIA menjelaskan landasan itu mula ditutup sepenuhnya dari 24 hingga 26 Februari susulan kerja-kerja penambahbaikan, dan kemudian beroperasi mengikut konfigurasi landasan pendek sementara baki kerja diteruskan.

“Memandangkan kerja-kerja tersebut siap lebih awal daripada perancangan, landasan ini kembali beroperasi mengikut kepanjangan penuh,” jelasnya menerusi akaun KL International Airport @KLIA_my di platform X.

Menurut KLIA kerja-kerja tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan KLIA untuk mengekalkan standard keselamatan dan kualiti pada tahap tertinggi.

Tarikh sebenar yang dijadualkan untuk penyambungan semula operasi adalah pada 17 Mac.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here