Utama Berita Automotif JPJ sita motolori, LKM tamat tempoh sejak 1997

JPJ sita motolori, LKM tamat tempoh sejak 1997

6
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah motolori selepas didapati lesen kenderaan motor (LKM) telah tamat tempoh sejak 1997 dalam operasi sekitar Jerlun, pada Khamis. 
 
Hasil pemeriksaan juga mendapati kenderaan berkenaan tidak memiliki perlindungan insurans yang sah dan pemeriksaan Puspakom turut tamat tempoh.
 
Menurut kenyataan, pemandu motolori berkenaan turut tidak memiliki Lesen Vokasional GDL yang sah.
 
“Tindakan sitaan diambil bagi memastikan kenderaan yang tidak memenuhi syarat kelayakan dan dokumentasi tidak terus digunakan di jalan raya.
 
“JPJ Kedah mengingatkan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan supaya memastikan LKM, insurans, pemeriksaan Puspakom serta lesen vokasional sentiasa sah sebelum kenderaan beroperasi,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here