Utama Berita Automotif Aveta Nova 200 Edisi Terhad hanya 1,688 unit, harga RM8,788

Aveta Nova 200 Edisi Terhad hanya 1,688 unit, harga RM8,788

295

Aveta Motor Malaysia rasmi melancarkan Aveta Nova 200 Edisi Terhad sempena Aveta Mega Gathering (2026) yang ditawarkan pada harga cadangan RM8,788.

Hanya tersedia sebanyak 1,688 unit, skuter berkenaan ditawarkan dengan pilihan warna badan Cyber Yellow bersama rim berwarna emas serta pelekat Edisi Terhad di bahagian sisi di samping menerima perubahan reka bentuk bahagian penghadang angin. 

Ia menggunakan enjin 183.3cc SOHC, silinder tunggal, penyejukan cecair yang memberikan pecutan lebih baik berbanding skuter biasa serta sesuai untuk tunggangan bandar dan lebuh raya.

Enjin berkenaan menghasilkan kuasa 18 hp @ 8,000 rpm dan tork  17.6 Nm @ 5,500 rpm bersama transmisi automatik CVT.

Berikut ciri peralatan yang ditawarkan Nova 200 Edisi Terhad :

  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem brek cakera depan dan belakang
  • Sistem keyless 
  • Port pengecas USB jenis A dan C
  • Tangki bahan api 10 liter
  • Sistem Henti Lahu (ISS)
  • Suspensi belakang berkembar boleh laras

Sudahpun berada di pasaran, Nova 200 Edisi Terhad itu hanya ditawarkan melalui rangkaian wakil jualan Aveta Preferred Dealers.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here