
Aveta Motor Malaysia mengukuhkan komitmen kepada pelanggan apabila memperluas program khidmat bantuan bergerak – Aveta Care on Wheels – untuk khidmat lepas jualan lebih pantas, mudah didapati dan boleh dipercayai di Semenanjung Malaysia.
Melalui rangkaian ini, satu matlamat ditetapkan syarikat berkenaan iaitu memudahkan pemilik Aveta mendapat bantuan diperlukan di mana sahaja mereka berada.
Dengan merangkumkan pengedar Preferred Plus terpilih dalam rangkaian khidmat bantuan bergerak, Aveta membawakan perkhidmatan lepas jualan profesional lebih dekat dengan pelanggan — bagi mengurangkan masa kerosakan dan meningkatkan ketenangan fikiran sepanjang proses pemilikan.

Untuk mengukuhkan lagi keupayaan tindak balas, Aveta memperluaskan pasukan khidmat lepas jualan kepada enam unit di Semenanjung Malaysia, berkat sokongan para pengedar Preferred Plus.
Usaha ini dapat meluaskan liputan perkhidmatan dan membolehkan bantuan lebih pantas diberikan tanpa perlu pergi jauh atau menunggu lebih lama.
Sokongan lepas jualan bergerak dan perkhidmatan motosikal ihsan kini disediakan oleh semua pengedar yang turut serta di dalam kawasan liputan, memastikan khidmat sokongan konsisten dan menyenangkan pelanggan.
Di bawah rangkaian lebih luas ini, KW Keat Wei Motor akan menyokong penunggang motosikal di serata Kedah, termasuk Alor Setar, dengan liputan turut dilanjutkan ke Perlis.
Bagi menambah lagi liputan di utara, CKT Motor akan berkhidmat kepada penunggang di Sungai Petani dan kawasan sekitar, termasuk Pulau Pinang dan Perak.
Di kawasan selatan, NG Brothers Motor akan menyokong penunggang di Johor Selatan, dari Simpang Renggam sehingga Johor Bahru dan kawasan berhampiran.

Semua perkhidmatan ini disediakan dengan kerjasama rapat para pengedar Preferred Plus Aveta, yang menyokong unit perkhidmatan bergerak dan juga tawaran motosikal ihsan.
Kerjasama itu membolehkan Aveta meluaskan keupayaan perkhidmatan dengan lebih berkesan sambil mengekalkan pengalaman pelanggan bermutu tinggi dan konsisten.
Program ini, bersama pasukan servis dalaman Aveta yang terus berkhidmat di kawasan Tengah, Melaka dan Pantai Timur, menyediakan pengalaman lebih lancar dan liputan menyeluruh di seluruh negara.
“Peluasan rangkaian Aveta Care on Wheels dilakukan semata-mata demi manfaat pelanggan kami,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia.

“Kami memahami proses pemilikan tidak berakhir dengan pembelian motosikal — tetapi turut melibatkan keyakinan dan sokongan diterima oleh penunggang motosikal setiap hari selepas itu.
“Menerusi kerjasama rapat dengan para pengedar Preferred Plus, kami menjadikan perkhidmatan lebih mudah didapati, lebih responsif dan lebih selari dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan.” katanya.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi lebih luas Aveta untuk membina ekosistem pemilikan boleh dipercayai dan mengutamakan pelanggan.

Menggabungkan kepakaran dalamannya dengan kerjasama yang dijalin dengan pengedar yang dipercayai, Aveta bukan sahaja meluaskan rangkaian perkhidmatan, tetapi juga menambah baik pengalaman pemilikan keseluruhan.
Sambil Aveta terus berkembang maju di Malaysia, jenama tersebut terus memberi tumpuan membekalkan bukan sahaja motosikal berkualiti — tetapi komited untuk berdiri teguh menyokong pelanggan sepanjang perjalanan mereka, memastikan pelanggan menerima sokongan penjagaan, kemudahan dan keyakinan setiap kali mereka menunggang motosikal.
Untuk pertanyaan tentang bantuan atau perkhidmatan, pelanggan boleh menghubungi talian khas Aveta Careline di 012-503 5409, untuk memastikan bantuan diterima dengan hanya satu panggilan.




























