Fattah Amin kini Duta Toyota C-HR

2948

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan pelantikan pelakon dan selebriti terkenal di Malaysia iaitu Fattah Amin sebagai duta mereka. Fattah Amin menjadi duta bagi SUV crossover kompak Toyota C-HR.

Fattah Amin sebelum ini pernah bekerjasama dalam Toyota Gazoo Racing (TGR) musim pertama sebelum ini menjadikan ini sebagai lanjutan kerjasamanya dengan UMWT.

Pengaruh Fattah Amin dalam iklan Toyota C-HR

“Ramai yang pernah menyaksikan penampilan Fattah Amin di dalam iklan Toyota C-HR
semasa pelancarannya awal tahun ini. Kini, kami ingin memanfaatkan pengaruhnya yang luas dalam kalangan peminat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap model ini serta jenama Toyota secara umumnya”, ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.



Fattah bersama staf Toyota
Fattah bersama staf Toyota

“Saya sangat gembira untuk melanjutkan kerjasama dengan Toyota selepas terlibat sama di dalam perlumbaan Vios Challenge musim pertama yang merupakan sebahagian daripada Festival Perlumbaan TGR tahun lalu. Pengalaman memandu Toyota Vios di dalam litar perlumbaan memberikan saya sudut pandang baru terhadap kemampuan dinamik dan sporty kenderaan Toyota”, jelas Fattah.

“Ini tentunya sebuah kenderaan dengan karektor yang kuat, dan saya sangat gemarkan penampilan serta gayanya yang sporty. Malah, kesegaran rekaan yang ditunjukkan juga sangat belainan berbanding pesaing-pesaingnya. Rakan serta peminat-peminat saya juga sangat kagum dengan imej model ini.”, katanya tentang Toyota CH-R.

Fattah Amin yang sudah memandu jentera itu selama sebulan berpuas hati dengan jentera itu yang dilengkapi dengan enjin 1.8 liter. Ini kerana ia mampu memberikan saluran kuasa yang memadai untuk pemanduan yang lancar dan stabil. Katanya lagi, ruang kargo yang tersedia sangat mencukupi untuknya membawa apa saja barangan yang diinginkan.

Dijual pada harga RM150,000 (dengan SST, tanpa insurans, bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung), C-HR menjadi antara model paling laris di Malaysia sejak dilancarkan pada Mac lalu.

Fattah Amin - Duta Toyota C-HR
Fattah Amin – Duta Toyota C-HR

Platform Toyota C-HR

C-HR dibangun menggunakan platform baru dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA). Ia mengubah struktur rekaan jentera itu dengan memberi keutamaan kepada sistem janaan dan menyediakan aspek pemanduan terbaik.

Antara ciri-ciri keselamatan yang melengkapi kenderaan ini ialah termasuk ABS dengan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TC), brek parkir elektrik serta kawalan bantuan mula mendaki (HAC).

Selain itu, model ini juga datang dengan ciri lain seperti amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem tinjauan titik buta (BSM) dan sistem tinjauan tekanan tayar.

C-HR turut menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan seperti kebanyakan model-model Toyota yang diedarkan oleh UMWT.

Fattah bergambar bersama staf Toyota
Fattah bergambar bersama staf Toyota

Toyota juga sedang menjalankan kempen ‘All About The Drive Bonanza’ hingga 31
Disember 2018. Setiap pelanggan yang hadir untuk sesi pandu uji mana-mana model Toyota di bilik pameran seluruh negara akan layak menerima hadiah cenderahati Toyota.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi produk premium serta pakej percutian daripada UMWT. Manakala, pelanggan yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum hujung tahun ini pula berpeluang memenangi MPV kompak Toyota Sienta. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Video – Fattah dilantik sebagai duta Toyota C-HR:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here