Bilik Pameran utama perkaya pengalaman terhadap jenama Lexus

1963

Bilik pameran utama Lexus di Mutiara Damansara telah diperkenalkan semula setelah ia kini siap dengan sentuhan baharu.

Lexus untuk berada satu lagi langkah di hadapan dalam usaha untuk menawarkan nilai yang lebih daripada sekadar sebuah jenama automotif premium yang biasa. 

Pengunjung kini boleh menikmati pengalaman unik gaya hidup Lexus di premisnya yang telah diberi nafas baru.



Kemudahan baru dari segi penggunaan inovasi digital berteknologi tinggi mampu memberikan pengalaman jenama Lexus yang cukup berlainan bagi setiap pengunjung yang datang melawat.

Pembaharuan secara menyeluruh telah dilakukan bermula daripada penampilan jenama Lexus itu sendiri disusuli pula dengan khidmat lepas jualan yang berkualiti.

Selain itu, terdapat juga barisan kenderaan terpakai yang berkualiti tinggi sehinggalah kepada pembelian barangan cenderahati Lexus.

Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K. berkata, pembaharuan di bilik pameran itu membolehkan Lexus mempamerkan dengan cara penuh eksklusif yang menjadi taruhannya selama ini.

Ia juga memberikan definisi baharu terhadap nilai yang dibawa oleh jenama itu.

“Jika dilihat dari sudut mana pun, jenama Lexus serta barisan produknya tidak pernah berada dalam penawaran yang konvensional. Maka, begitu jugalah dengan pengalaman jualan dan bilik pamerannya. Dengan memperkenalkan rekaan yang inovatif bertujuan untuk memberi keterujaan serta merubah suasana dan layanan terhadap pelanggan, Lexus ingin terus kekal menjadi sebuah jenama mewah dengan pandangan yang jauh ke hadapan dan memberi kesan kepada masyarakatdi sekelilingnya” ujar Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama.

Kekal seiringan dengan keperluan pelanggan merupakan antara cabaran bagi sesebuah jenama gaya hidup mewah. Lexus menyahut cabaran ini, ia disempurnakan melalui mantra omotenashi dengan cara menjangkakan dan memenuhi keperluan setiap pelanggan di semua peringkat.

Ruang cenderahati
Ruang cenderahati

Tarikan utama di bilik pameran Lexus

Tarikan utama bilik pameran Lexus Mutiara Damansara adalah pengunjung akan disambut dengan haruman khusus Lexus yang dikenali sebagai Wild Earth. Ia bakal membangkitkan deria rasa pengunjung yang datang melawat.

Pengalaman jualan dan servis tanpa wayar yang mudah dan lancar. Di mana pelanggan dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat yang tepat, konsisten dan terkini melalui tablet Lexus Touch.

Kopi yang dihidangkan adalah dari kualiti terbaik oleh Cafe Richard. Ia merupakan sebuah jenama dari Perancis yang sentiasa dicari-cari, sangat sinonim dengan kafe-kafe mewah di kota Paris.

Cafe di bilik pameran Lexus
Cafe di bilik pameran Lexus

Para pengunjung juga bakal merasai sebuah pengalaman digital sepenuhnya dengan skrin LCD di sekeliling.  Serta konsol digital untuk memaparkan maklumat, status servis masa nyata serta bahan bacaan digital ada tersedia di segenap sudut bangunannya.

Sistem audio Mark Levinson di dalam bilik yang ditala akustiknya secara khusus. Ia membolehkan pelanggan mengalami sendiri bunyian berkualiti tinggi yang ditawarkan pada kenderaan Lexus yang terpilih.

Bilik pameran itu juga mempunyai ruang dedikasi bagi penjualan cenderahati dari koleksi gaya hidup Lexus. Ruang ini bertujuan untuk memberi pilihan kepada pelanggan bagi menikmati aspirasi yang dibawa jenama ini, sebagai lanjutan kepada barisan kenderaan yang ditawarkan.

Bilik Zen
Bilik Zen

Yang paling menarik, ia menampilkan Bilik Zen di mana tetamu boleh menikmati detik-detik ketenangan untuk berehat. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan kerusi urut sambil dialunkan muzik lembut sementara menunggu kenderaan mereka diselenggarakan oleh tenaga pakar.

Para pengunjung boleh melawati Pusat Lexus Mutiara Damansara yang terletak di Jalan PJU 7/2. Pusat lexus ini dibuka setiap hari, mempamerkan model-model kenderaan baru serta terpakai jenama Lexus. Ia juga menawarkan penjagaan berkualiti ke atas kenderaan-kenderaan Lexus.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here