Helmet ‘winter test’ Lorenzo untuk dimiliki

2032

Helmet pada harga ₤870 (RM4,582) agak tidak munasabah untuk dibeli, namun model Shark Race R Pro GP ini ternyata istimewa berbanding yang lain.

Apa yang boleh dilihat, ia menggunakan bahan berasakan karbon aramid dengan memiliki corak grafik ‘Winter Test’ yang kerap digunakan pada bukan musim MotoGP.

Kebiasaan tema warna hitam pada motosikal, jaket dan helmet untuk ‘winter test’ bagi MotoGP dan WSB.



Jadi Shark mengeluarkan corak yang pernah digunakan Jorge Lorenzo, Scott Redding dan Johann Zarco untuk winter test.

Menerusi corak hitam, ia juga boleh dilihat keistimewaan reka bentuk helmet Shark yang berkualiti tinggi dengan spoiler aero radikal di belakangnya.

Helmet versi GP Race R Pro ini dilengkapi dengan visor bersadur khas. Ia juga menggunakan titanium pada cecincin double-D untuk kemasan pada talinya.

Tentu sekali bahagian boleh dibuka untuk dicuci, serta didatangkan dengan visor gelap berkualiti.

Harga helmet ini mungkin sangat mahal bagi anda, tetapi ia ringan sekitar 1.4 kilogram. Setiap pembelian akan disertakan sekali set lengkap stiker khas, selain beg helmet dan kit beg winter test.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here