Barisan jentera terbaik BMW dalam MotoGP

1667

Sejak 1999, pengeluar kereta Jerman, BMW menyediakan jentara keselamatan yang terhebat buat kepada acara sukan permotoran berprestij iaitu MotorGP.

Meraikan ulang tahun ke-20, BMW  mengambil keputusan untuk berpatah balik ke masa lalu dan membuat video trivia Kereta Keselamatan MotoGP bersama beberapa hadiah yang dimenangi.



Walaupun fokus ramai pada hari ini pada model M2 Coupe, M4 Coupe dan yang terbaru dan terhebat, M5.

Namun keutamaan turut diberikan bagi mereka yang meminati Z8 yang mengungguli tahun 2002. Lima tahun kemudian, model 24 M Coupe menguasai suasana di MotorGP seperti model 1 Series M coupe yang menjadi subjek utama dunia permotoran pada tahun 2011.

Ada sesetengah model kereta lebih menarik dan kelihatan hebat berbanding lain, seperti model X6 M yang dilancarkan musim 2009. Bagaimanapun ia, kurang mendapat perhatian berbanding model yang disebut.

Apa kejutan yang bakal menanti pada tahun ini? Semuanya bergantung sama ada model M8 bakal dilancarkan secara rasmi pada suku pertama 2019.

Kita mungkin dapat menyaksikan model hebat ini sebagai kereta yang bercirikan keselamatan yang rasmi bagi MotorGP.

Diingatkan juga, BMW M yang merupakan rakan kongsi MotorGP bukan sahaja menyediakan kereta yang bercirikan keselamatan.

Malah, pengeluar dari Jerman itu juga memberikan hadiah kereta model M kepada pelumba terpantas musim ini.

Selama 6 tahun berturut-turut, seorang peserta terhebat, Marc Marquez. Beliau menerima kunci kereta M6 Coupe (2013), M4 Coupe (2014), M6 Convertible (2015), M2 Coupe (2016), M4 CS (2017) dan M3 CS (2018).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here