Adakah nasib Nissan GT-R berkesudahan jadi kenderaan elektrik?

1693

Ketua pakar produk Nissan GT-R, Hiroshi Tamura nampaknya tidaklah tergesa-gesa untuk menggantikan Nissan GT-R R35 yang mungkin “agak berumur”. Namun apa lebih menarik, pihak-pihak tertinggi dalam Nissan mengatakan bahawa teknologi elektrik dan pemanduan autonomi mungkin ditampilkan dalam pengganti Godzilla nanti.

Nissan GT-R elektrik
Nissan GT-R elektrik?

Bila ditanya mengenai kepentingan membangunkan kenderaan serba baharu untuk menyokong teknologi baharu, Tamura-san berkata bahawa ia terpulang kepada apa yang pelanggan mahukan. Jika mereka mahu kenderaan eletrik (EV) berprestasi tinggi, itu yang mereka akan dapat.

Nissan GT-R elektrik



“Ia semua bergantung kepada suara pelanggan. Jika pelanggan mahu EV, saya kata “mengapa tidak?”. Tapi jangan tulis yang Tamura-san berkata kereta sports generasi akan datang akan ialah EV. Saya tidak berkata begitu, tapi mengapa tidak kita kaji semua solusi untuk pelanggan? Jika mereka mahu EV, saya akan hasilkan. Jika mereka mahu enjin pembakaran dalaman, saya akan buat. Saya perlu fikirkan mengenai suara pelanggan, pelanggan sebenar. Maksudnya pembeli, itu sahaja,” katanya.

Tamura-san turut terbuka dalam membawakan teknologi pemanduan berkendiri (self-driving) ke dalam model kereta sports akan datang. Menurutnya, sistem autonomi boleh digunakan untuk memandu kenderaan ke litar sebelum pemiliknya memandu semasa track day.

Nissan GTR

Nissan GT-R adalah kereta sukan berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jepun Nissan, yang dilancarkan pada tahun 2007. Ia adalah pengganti kepada Nissan Skyline GT-R, walaupun tidak lagi sebahagian daripada rangkaian Skyline itu sendiri, nama itu kini digunakan untuk pasaran sukan mewah Nissan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here