“Projek air mobility prototaip kereta terbang tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat,” – Datuk Seri Redzuan

1526

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof (PH-Alor Gajah) berkata, kereta terbang berkenaan akan dipacu oleh teknologi tempatan selain tidak menggunakan peruntukan wang kerajaan.



“Sukacita saya memperingati ahli Dewan projek air mobolity prototaip kereta terbang ini tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat.

“Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian dan kita kena sentiasa menjalinkan hubungan dengan syarikat persendirian supaya industri ini dirangsang selari dengan pembangunan industri antarabangsa,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan mengenai perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang.

Mohd Redzuan berkata projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.

“Kalau kita tidak sediakan ruang maka kita akan ketinggalan. Sebab itu kita membabitkan segala usaha agar anak tempatan dapat membangunkan industri berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, industri berkenaan bergerak dengan cepat, justeru kerajaan perlu mengambil insiatif segera agar negara tidak ketinggalan dalam perkembangan industri itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here