Tempahan untuk Lexus ES serba baharu kini dibuka

1607

Lexus ES serba baharu akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dan Lexus Malaysia membuka tempahan pra-pelancaran bermula hari ini.

Sedan eksekutif itu telah diperkenalkan 30 tahun lepas dan dikatakan sebagai model paling berjaya jenama itu. Generasi ketujuh ini bakal menawarkan kemewahan, prestasi dan keselamatan ke tahap lebih tinggi.



Lexus ES serba baharu direka dengan falsafah jenama itu, dengan muka depan bersegi dan tajam serta gaya coupe di bahagian belakang.

Kereta ini juga kini lebih luas dan memberikan kabin lebih mewah berbanding versi sebelumnya. Semua ini dicapai dengan rekaan casis lebih lebar dan panjang.

Dua varian akan ditawarkan ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu Premium dan Luxury. Versi Luxury merupakan varian atas dan akan mendapat tempat duduk berkuasa 10-arah, tempat duduk belakang boleh laras, penghawa dingin 3-zon, paparan HUD, paparan Electro Multivision 12.3-inci di konsol tengah, dan paparan panoramik.

Lampu depan LED dengan tiga Bi-Beam adalah standard, namun versi Luxury akan diberi penambahan Adaptive High Beam Assist (AHS) untuk pencahayaan lebih tepat di malam hari tanpa menyilaukan pemandu dari arah depan.

Kedua-dua varian akan menampilkan ciri keselamatan Lexus Safety System + (LSS +) yang merangkumi Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA), Pre-Collision System (PCS) dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC).

Lexus ES baharu akan dipacu oleh enjin 2.5-liter baharu dengan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift. Tujuh warna boleh dipilih, dan dua pilihan warna kabin ditawarkan.

Model CBU (diimport sepenuhnya) ini akan ditawarkan dengan harga anggaran bermula RM299,888 dan hadir dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

Lawati mana-mana Lexus Centre untuk daftar tempahan anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here