Hafizh Syahrin harap tuah Asia

1325

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin harap tuah Asia apabila baki lima pusingan perlumbaan selepas ini yang rata-ratanya berlangsung di Asia akan memberi keputusan lebih baik untuknya.

Hafizh Syahrin harap tuah Asia berpihak kepadanya kerana sekali lagi berdepan kekecewaan di Grand Prix (GP) Aragon, semalam apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21 sekali gus kekal menduduki tangga ke-24 kedudukan keseluruhan pelumba dengan mengumpul tujuh mata.



“Ia sememangnya perlumbaan yang tidak memihak kepada saya. Selepas ini saya mahu terus bekerja keras dan cuba memahami situasi ketika perlumbaan.

 

“Ada berbaki lima pusingan lagi yang mana bagi saya saingan masih panjang. Saya akan cuba segala-galanya untuk baki perlumbaan selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perlumbaan di Aragon, Hafizh mengakui sukar dirinya untuk melepaskan diri daripada kelompok besar.

“Terdapat banyak sentuhan dengan pelumba lain dan agak sukar untuk keluar dari kelompok itu.

“Saya cuba mendapat rentak perlumbaan selepas memintas Karel Abraham (Reale Avintia Racing).

“Selepas itu saya cuba memotong Mika Kallio (Red Bull KTM Factory Racing) tetapi terbabas di tepi litar sebelum dapat menyambung semula perlumbaan,” katanya.

Lima perlumbaan selepas ini adalah pada GP Thailand (6 Oktober), GP Jepun (20 Oktober), GP Australia (27 Oktober), GP Malaysia (3 November) dan terakhir GP Valencia (17 November).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here