BENDA ASURA 400 – Versi Naked Terkini

2694

BENDA Asura 400, itu adalah nama sebuah model versi Naked terkini. Pelik betul nama atau pengeluar sudah ketandusan idea. Kelibat versi naked ini di pertontonkan semasa Autoshow Japan baru-baru ini.

Melihat dari foto-foto yang di terima, motosikal ini seolah-olah ciplak model dari Eropah. Ini kerana bentuk badan, kosmetiknya menjurus kearah model Ducati Diavel.

Tentu peminat versi Naked akan tersenyum bila mendengar nama motosikal ini. Versi Naked kelas pertengahan. Hanya 400cc,tetapi jangan dipandang sebelah mata.



Pelbagai instrumen terkini terhidang pada BENDA Asura 400. Pastinya jurutera pereka model ini mempunyai maksud mereka yang tersendiri. Seperti ada mesej yang ingin disampaikan.

Walaupun model ini belum pasti masuk ke negara kita, mari kita tengok komponen yang terdapat pada motosikal BENDA Asura 400.

1. Lampu Depan Seperti Mata Robot

2.Fork Depan Jenis Terbalik

3.Brek depan menggunakan dwi cakera

4.Speedometer  TFT

5.Penapis udara diperbuat daripada bulat biru berkilat

6.Swingarm belakang besar

7.Rim yang Artistik

8.Lampu belakang di mud guard

9.Tempat Duduk Pendek

10.Kusyen pembonceng menyiksakan

11.Tangki bahan api agak besar

12.Ventilasi Udara 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin dua silinder 389cc. Kuasa maksima ialah 27 kw. Tork maksima 32 Nm.

Maksima bahanapi ialah 16 liter. Dan Kelajuan maksimum ialah 160 km/j sementara berat motosikal ialah 203 kg.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here