Utama Berita Automotif Mercedes pecat 4 kakitangan buli pekerja Islam

Mercedes pecat 4 kakitangan buli pekerja Islam

1521

Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes pecat 4 kakitangan gara-gara membuli pekerja beragama Islam. Mercedes-Benz Grand Prix dalam satu kenyataan berkata, empat individu tersebut dibuang kerja pada 2 Ogos lalu selepas siasatan dalaman mengesahkan mereka telah melanggar polisi ‘kepelbagaian dan kesaksamaan syarikat.

Media sebelum ini melaporkan, empat pekerja tersebut yang bertugas di bahagian Teknologi Maklumat (IT) pasukan telah membuli pekerja beragama Islam. Tiga lagi turut dikenakan tindakan disiplin akibat melanggar peraturan kepelbagaian.



“Kami mengutuk tingkah laku ini sekeras-kerasnya dan mengambil tindakan serta-merta sebaik sahaja menerima aduan.

“Kami menghormati kepelbagaian fahaman pekerja kami dan ini adalah sumber kekuatan pasukan kami.

“Persekitaran kerja kami berdasarkan penghargaan dan penghormatan bersama,” kata kenyataan tersebut.

Akhbar Britain, The Sun dan Mirror melaporkan, insiden tersebut berlaku pada bulan Ramadan lalu iaitu sekitar Mei hingga Jun tahun ini apabila pekerja beragama Islam sering ‘dicabar’ bila mereka mahu membatalkan puasa.

Menurut akhbar itu lagi, mereka membuli pekerja malang itu selama beberapa tahun dan sering melemparkan kata-kata berbaur rasis.

Sebaik saja mendapat tahu mengenai perkara tersebut, siasatan segera dilakukan dan Mercedes pecat 4 kakitangan yang terlibat itu..

Pelumba Formula 1 pasukan Mercedes dan juara dunia lima kali, Lewis Hamilton sebelum ini turut mengkritik sekeras-kerasnya sebarang unsur perkauman dalam pasukan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here