Lewis Hamilton rindu litar Sepang

1219

Juara dunia lima kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui rindu dengan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meskipun ia tidak lagi berada dalam kalendar kejuaraan berkenaan.

Sebelum perlumbaan F1 di Sepang dianjurkan buat kali terakhir pada 2017, pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS itu pernah memenangi saingan di litar kebanggaan negara itu pada edisi 2014.



“Saya tak tahu kenapa kita kehilangannya (F1 di Sepang)… Ada orang tanya saya di lapangan terbang pagi tadi, kenapa tak berlumba F1 di Malaysia. Saya rasa itu sesuatu yang perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia, saya tak tahu, mereka suka MotoGP.

“Tapi saya rindu litar Sepang, kerana ia salah satu litar yang sukar dan mencabar untuk setiap pelumba,” kata Hamilton pada sesi bersama media sempena pengenalan minyak pelincir terbaharu PETRONAS Syntium dengan teknologi CoolTech di sini, hari ini.

Sebelum ini, kontrak penganjuran perlumbaan F1 di Malaysia ditamatkan pada 2018 dan ia diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan itu diambil berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran dan ia  turut mengambil kira laporan dan pandangan pengurusan SIC mengenai impak kewangan acara F1 kepada semua pihak berkepentingan.

Sebagai rekod, perlumbaan terakhir F1 terakhir di Sepang pada 2017 dimenangi pelumba pasukan Red Bull,  Max Verstappen

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here