Lewis Hamilton dominasi GP Russia

1114

Lewis Hamilton dominasi GP Russia dan meraih kemenangan pertamanya daripada empat perlumbaan hari ini apabila tuah memihaknya untuk menamatkan siri kemenangan Ferrari untuk memberikan kemenangan buat Mercedes pada Grand Prix Russia.

Juara dunia lima kali itu mendahului 3.829 saat berbanding rakan sepasukan dan pencabar kejuaraan Valtteri Bottas ketika Mercedes memanfaatkan masalah kebergantungan dan taktikal Ferrari untuk memberikan kemenangan satu-dua buat pasukan Silver Arrows itu.



Sebastian Vettel yang mendahului sejak pusingan pertama mengalami kegagalan mekanikal dan terpaksa menarik diri selepas mendahului perlumbaan, memberi peluang kepada Mercedes melebarkan penguasaan mereka di Sochi dengan enam kemenangan berturut-turut.

Pelumba Ferrari Charles Leclerc meraih tempat ketiga biarpun bermula dari petak hadapan dan kehilangan tempatnya kepada Vettel pada selekoh pertama dalam perlumbaan yang ‘diganggu’ Kereta Keselamatan dan satu lagi penggunaan Kereta Keselamatan Maya.

Kemenangan Lewis Hamilton adalah yang pertama buatnya selepas Grand Prix Hungary pada 4 Ogos lalu, yang kesembilan daripada 16 perlumbaan tahun ini, yang ke-82 sepanjang kariernya, meletakkannya 73 mata mendahului saingan pemandu.

Hasil daripada Lewis Hamilton dominasi GP Russia itu, dia meraih mata tambahan untuk catatan selekoh terpantas.

Pelumba Red Bull Max Verstappen di tangga keempat, selepas bermula di petak kesembilan, di depan rakan sepasukan Alex Albon, yang bermula di laluan pit.

Carlos Sainz di tangga keenam buat McLaren di depan Sergio Perez dari Racing Point, Kevin Magnussen dari Haas, Lando Norris yang memandu McLaren kedua dan pelumba Renault Nico Hulkenberg.

“Itulah yang kami perlukan,” kata Hamilton yang kegembiraan di radio pasukan selepas aksi sempurna dipamerkan Mercedes.

“Ia tugas yang menakjubkan oleh pasukan – tidak menyerah kalah. Menyaingi Ferrari adalah tugas sukar tetapi kami terus berusaha.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here