Adam Norrodin enggan ditimpa malang lagi

1241

Pelumba Moto2 negara, Adam Norrodin tidak mahu malang menimpanya lagi pada Grand Prix (GP) Thailand yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Pelumba Petronas Sprinta Racing itu baru pulih daripada kecederaan bahu kiri selepas terjatuh ketika sesi latihan bebas GP Aragon dua minggu lalu yang menyaksikannya tidak dapat berlumba.



Adam yang menggantikan Khairul Idham Pawi untuk baki perlumbaan musim ini selepas rakan senegaranya itu masih belum pulih daripada kecederaan tangan kanan berharap Litar Antarabangsa Buriram memberi tuah lebih baik untuknya.

 

Menurut Adam, Buriram adalah litar yang sangat digemarinya selepas banyak pengalaman beraksi di situ.

“Saya memenangi perlumbaan ketika beraksi di saingan Asia Talent Cup dan berharap dapat mengulanginya lagi minggu ini.

“Aragon sememangnya bukan seperti yang saya harapkan. Saya masih rasa sakit sedikit di bahagian bahu tetapi ia bertambah baik dari hari ke hari,” katanya.

Adam sudah menjalani sesi pemulihan di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur untuk membolehkannya berada pada tahap terbaik minggu ini.

Pada September lalu, Adam tidak dapat beraksi pada perlumbaan sebenar Moto2 Grand Prix (GP) Aragon esok kerana masih berdepan kesakitan di bahu kirinya selepas terjatuh ketika sesi latihan bebas kedua.

Meskipun disahkan cergas untuk turun berlumba selepas melalui ujian perubatan, namun pelumba Petronas Sprinta Racing itu berkata dia merasai kesakitan yang amat sangat dibahunya.

Adam yang menggantikan rakan senegara, Khairul Idham Pawi yang masih belum pulih daripada kecederaan tangan bermula di GP San Marino minggu lalu.

Dia mahu melalui proses pemulihan dengan cepat untuk beraksi di GP Thailand, 6 Oktober ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here