Petronas tamatkan tajaan SRT, nasib pasukan Moto2 dan Moto3 turut berakhir?

1459

Penaja utama Sepang Racing Team (SRT), Petronas dikatakan bakal menarik balik tajaan mereka bermula musim MotoGP (2022).

Menurut laporan portal Motorsport, SRT juga akan membubarkan pasukan Moto2 dan Moto3 untuk melindungi projek MotoGP.



Difahamkan, Yamaha sudah melakukan rundingan semula perjanjian bersama SRT menerusi tawaran dua jentera M1 ‘B-spec’ untuk musim 2022.

Pasukan SRT memulakan debut grand prix bermula 2015 menerusi kelas Moto3 dan kemudian bersaing dalam kelas Moto2. Selepas itu pada 2019, SRT melangkah ke kelas premier menerusi rakan pasukan satelit baharu Yamaha dengan sokongan Petronas.

Pasukan itu membawa bersama Fabio Quartararo dari Moto2 dan Franco Morbidelli. Skuad berkenaan melakar kejayaan yang mana Quartararo menunggang YZR-M1 versi ‘B-spec’ merekodkan tujuh podium dan enam posisi depan. 

SRT selalu berharap dapat menjadi tempat mencari dan mengasah bakat muda menerusi projek Moto2 dan Moto3 sebagai laluan melangkah ke MotoGP.

Sekarang peluang yang ada hanya buat pelumba SRT Moto3 Darryn Binder sekiranya dia dapat ‘melompat’ langsung ke MotoGP musim depan seperti yang dikhabarkan.

Buat masa ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Petronas mahupun SRT namun dijangkakan pasukan di bawah pengurusan Datuk Razlan Razali itu berdepan senario sukar susulan ketiadaan penaja utama pada musim depan. 

Sementara jika pembubaran Petronas Sprinta Racing Moto2 dan Moto3 berlaku bagaimana pula nasib pelumba tempatan antaranya Syarifuddin Azman dan Adam Norrodin?.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here