Honda Jazz klon paling banyak disita – JPJ Kelantan

1053

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita lapan buah kereta klon pelbagai jenis dalam tempoh tiga bulan sepanjang tahun ini.

Menurut pengarahnya, Hanif Yusabra Yusoff, semalam JPJ berjaya menyita tiga buah kereta klon iaitu Mini Cooper, Nissan Sunny dan Perodua Kelisa dalam tiga pemeriksaan di kawasan berasingan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.



Katanya, dalam tempoh tiga bulan ini, Honda Jazz klon paling banyak disita selain daripada kenderaan import dari Jepun yang lain.

Ujarnya, Honda Jazz mendapat permintaan tinggi terutamanya golongan orang muda yang berusia antara 25 hingga 45 tahun yang membelinya pada RM10,000 berbanding harga asal RM85,000.

Honda Jazz klon

“Kereta-kereta klon terutamanya, Honda Jazz dijual pada harga RM5,000 hingga RM10,000.

“Pemilik kereta klon juga dilihat semakin berani mengiklankan kereta untuk dijual melalui media sosial sejak kebelakangan ini,” kata Hanif Yusabra.

Menurut Hanif Yusabra, kebanyakan pemilik cuba menafikan pemilikan kereta klon bagi mengelakkan daripada disita.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here