262 Pos Rider tamat kontrak 1 September, jika ada permintaan tinggi Pos Laju akan panggil semula

2546

Pengurangan permintaan terhadap pengiriman bungkusan selain lebihan sumber manusia mendorong Pos Malaysia melaksanakan rasionalisasi Fasa Kedua program Pos Rider berkuat kuasa 1 September 2021.

Justeru itu seramai 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang bakal ditamatkan kontrak. 



Pos Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan meskipun permintaan pembelian atas talian meningkat, namun pasaran pos dan kurier domestik melalui perubahan landskap yang mana penyedia e-dagang menyediakan servis penghantaran sendiri.

Program Pos Rider membantu menghantar lebih banyak bungkusan sejak diperkenalkan pada 2019.

“Setelah melakukan kajian semula kami membuat keputusan untuk menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat.

“Bagaimanapun, bagi menghargai perkhidmatan bekas pekerja Pos Rider, kami akan memberi keutamaan kepada ejen-ejen ini untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.

“Ini boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila bekas Pos Rider dapat menjana pendapatan tambahan, manakala Pos Malaysia dapat mengekalkan kecekapan kos,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here