Sultan Johor naik Genesis G90 Limousine, ini info ringkas kereta mewah Korea pilihan Baginda

6375

Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memiliki segudang koleksi kenderaan mewah dan klasik. Bermula dari hypercar, supercar, kenderaan klasik sehinggalah Proton.

Semalam kedatangan Baginda ke majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor menarik perhatian peminat automotif apabila menggunakan Genesis G90 Limousine sebagai kenderaan rasmi baharu.

 



Citarasa Baginda dalam koleksi kenderaan sememangnya tinggi dan kami tidak menyangka garaj kereta Baginda turut menyimpan Genesis G90. Lupakan jenama Maybach.

Buat anda yang tidak tahu Genesis adalah kenderaan mewah di bawah Hyundai sama seperti Toyota dan Lexus. Bahkan, model Genesis pernah menjengah pasaran Malaysia sekitar enam tahun lalu.

Limousin itu menampilkan tema Athletic Elegance and Horizontal Architecture dengan panjang (5,945mm) dan jarak roda (3,450mm) iaitu pertambahan 289.6mm berbanding model standard. 

Genesis G90 Limousine yang dilancarkan di peringkat global pada 2019 itu lebih panjang 492mm dan jarak roda (+85) berbanding Mercedes Maybach S600.

Kelebihan ini memberikan ruang kaki yang jauh lebih luas, sementara bukaan pintu belakang juga 38mm lebih panjang bagi memudahkan urusan keluar dan masuk.

Ruangan kabin menawarkan pilihan material mewah dan bentangan dalam memberikan keselesaan tertinggi menerusi tawaran skrin untuk menonton televisyen buat penumpang belakang, kemasan kulit semi anilina, dan kerusi penumpang yang boleh dilaraskan 18-arah. Perehat kaki di bawah kerusi penumpang juga memberi keselesaan maksimum.

Model ini mengunakan enjin V8 5.0 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dengan kuasa 425hp. Manakala model standard ditawarkan dengan enjin 3.3-liter turbo berkembar yang menghasilkan 365hp.

Harga jualan Genesis G90 Limousine dianggarkan sekitar $138,000 (RM584,154), tidak termasuk penyesuaian spesifikasi bergantung kepada kehendak pelanggan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here