Tular video lelaki bogel tunggang motor di grup Whatsapp, polis minta henti kongsi!

3704

V ideo seorang lelaki warga tempatan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tanpa memakai topi keledar tular di media sosial ketika ini.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam. Video berdurasi 29 saat itu dirakam seorang penunggang motosikal lalu dikongsi menerusi grup  aplikasi WhatsApp sejak semalam.



Justeru itu, polis meminta orang ramai berhenti berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti keluarganya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. berkata siasatan mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini.

“Lelaki itu dikatakan sering dilihat bercakap sendirian dan ekoran kejadian itu dia dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here