Chevrolet Corvette, Nissan GT-R untuk ambulans di Dubai!

2201

Pasukan polis Dubai dikenali di seluruh dunia kerana mempunyai antara kereta terpantas, termahal dan paling berprestasi tinggi yang menjadi daya tarikan pelancong. Di bandar juga disediakan beberapa perkhidmatan yang hebat dan baru-baru ini telah ditambah dua lagi jentera bagi perkhidmatan ambulans di Dubai.  

Siaran media sosial dari perkhidmatan ambulans di Dubai mendedahkan bahawa mereka kini menyediakan Nissan GT-R dan Chevrolet Corvette C7. Bukan sekadar Corvette biasa tetapi ianya adalah sebuah model Grand Sport.



Dua jentera tidak akan digunakan sebagai ambulan harian tetapi sebaliknya akan digunakan terutamanya untuk rondaan di kawasan pelancongan dan kawasan tumpuan acara sukan.

Nissan GT-R dan Corvette Z06 akan berfungsi dengan beberapa tujuan praktikal. Kedua-duanya dilengkapi dengan peralatan CPR dan silinder oksigen serta peralatan peredam pernafasan khusus jika mereka dipanggil untuk kecemasan. Perkhidmatan ambulans Dubai berkata, tempoh masa akan lebih pendek jika menggunakan kenderaan ini semasa kecemasan. 

Antara kereta mewah yang pernah digunakan untuk tujuan perkhidmatan termasuklah  sepasang Ford Mustang, Dodge Challenger, dan Lotus Evora.

Pasukan polis Dubai secara rutin menukar kenderaan yang digunakan. Pada satu peringkat, ia pernah mempunyai Aston Martin One-77, Bugatti Veyron Grand Sport, Porsche 918 Spyder, Ferrari FF, Nissan GT-R, McLaren 12C, Lamborghini Aventador, BMW M6 Gran Coupe, Brabus G63 AMG, Audi R8 V10 Mercedes-Benz SL 63 AMG, dan lain-lain.

View this post on Instagram

أطلقت القيادة العامة لشرطة دبي بالتعاون مع هيئة الطرق والمواصلات في دبي، ومؤسسة دبي لخدمات الإسعاف، والإدارة العامة للدفاع المدني في دبي، حملة "إفسح الطريق …. امنح الأمل "، الهادفة إلى توعية أفراد المجتمع والسائقين بأهمية إفساح الطريق لمركبات الطوارئ خلال قيامها بواجبها الإنساني والمهني في إنقاذ الناس، وسرعة الوصول إلى أماكن الحوادث. #اسعاف_دبي #افسح_الطريق_امنح_الأمل #انتم_دوما_بايد_امينة ‫⁧#أمنكم_سعادتنا⁩‬ ⁧‫#نتواصل_ونحمي_نبتكر_ونبني‬ . . The Dubai Police General HQ, in collaboration with the Dubai Roads and Transport Authority (RTA) Dubai Corporation for Ambulance Services and The General Directorate of Civil Defense, has officially launched a three-month campaign entitled 'Give way … Give Hope' to raise awareness among drivers about the importance of giving way to emergency and police vehicles to save the lives of others. #YourSecurityOurHappiness #SmartSecureTogether @rta_dubai @dubai_ambulance @dcd997 #مبادرات_اسعاف_دبي_المجتمعية

A post shared by Dubai_Ambulance (@dubai_ambulance) on

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here