Corvette C8.R diperkenalkan dengan enjin 5.5 liter baru

2004

Corvette C8.R 2020 telah membuat kemunculan disamping dengan pengenalan model C8 yang baru. Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah ia tidak menggunakan enjin asal LT2 6.2-liter, tetapi menggunakan sesuatu yang direka khusus untuk perlumbaan.

Spesifikasi Enjin

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 5.5-liter, dan ia mempunyai output yang sama dengan enjin asal. Ia berupaya menghasilkan 500hp dan 650Nm tork, bertambah 5hp dan 13Nm tork daripada C8 biasa dengan ekzos prestasi.



Dikatakan ia mempunyai watak yang sangat berbeza kerana ia menggunakan enjin DOHC (double over-head cam) dengan flat-plane crankshaft. Maksudnya kelajuannya harus lebih tinggi dan lebih cepat daripada enjin C8 biasa. Ia juga menjelaskan mengapa ia kelihatan begitu unik, seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah. 

 

Jentera ini juga mendapat transmisi manual sequential 6-kelajuan. Untuk transmisi automatik, jentera ini disediakan dengan dwi-klac 8-kelajuan.

Seluruh kereta lebih ringan daripada model terdahulu iatu C7.R walaupun tidak banyak perubahan yang dilakukan pada aspek lain. Jentera ini masih menggunakan casis keluaran dari C8, dan kemudian casis itu diubahsuai kepada spesifikasi perlumbaan.

Kemunculan

Corvette C8.R akan membuat pengenalan pertamanya pada Rolex 24 di Daytona pada Januari 2020. Sebelum itu ia akan mengadakan “ceremonial lap” di Atlanta hujung minggu ini sebelum perlumbaan Petit Le Mans. Dua buah jentera ini akan berlumba pada tahun depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here