Isuzu D-Max baharu dilancarkan, Malaysia berapa tahun lagi ni?

2362

Isuzu D-Max yang baru akhirnya diperkenalkan di Thailand. Pengilang kereta dari Jepun itu baru sahaja mendedahkan trak pikap generasi akan datang, dan terdapat beberapa perubahan besar yang telah dilakukan.

Pertama sekali adalah penampilannya. Bahagian depan D-Max kini mempunyai dua bar melintang dan reka bentuk yang lasak. Ini diapit oleh sepasang lampu baru moden dengan lampu DRL menyerlah dengan unit lampu kabus bertingkat.



Pada bahagian sisi, anda akan dapati fender berotot dan juga garisan karakter. Ciri-ciri belakang yang baru adalah lampu belakang LED ‘Edge’ yang kita katakan kelihatan agak elegan berbanding dengan kenderaan lain. Akhir sekali, tempat pemijak pada bampar belakang untuk memudahkan pengguna memasuki ruangan kargo.

Ruangan bahagian dalam telah diubahsuai sepenuhnya, dan terus terang ia kini mempunyai penampilan yang dapat lebih bersaing dengan segmen lain.

Terdapat reka bentuk papan pemuka dua bahagian yang sangat unik dengan corong penghawa dingin yang menarik dan kluster instrumen yang minimalis.

Terdapat juga skrin infotainmen sesentuh 9- atau 7-inci yang baru dengan keupayaan Android Auto dan Apple CarPlay, permukaan pintu dan permukaan tekstur baru.

Isuzu D-Max memberikan penggunanya dua pilihan enjin. Terdapat enjin 1.9-liter RZ4E turbodiesel biasa yang mampu menghasilkan 150hp dan 350Nm tork, dan terdapat enjin Power Blue 3.0 liter yang mampu menghasilkan 190hp dan 450Nm tork.

Model ini buat masa ini sudah tiba di Thailand dan belum ada khabar angin mengatakan ia akan tiba di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here