Sebastian Vettel tempah petak pendahulu GP Jepun

1052

Sebastian Vettel tampil pendahulu GP Jepun mengharungi pusingan yang epik di litar Suzuka dan mengambil petak pendahulu di depan rakan sepasukan, Charles Leclerc.

Pendahulu GP Jepun itu mencatat masa 1 minit 27.064 saat, hampir 0.2 saat lebih pantas berbanding Leclerc, dalam saingan diganggu angin kencang selepas kelayakan ditangguhkan semalam.



Pasangan Mercedes, Valtteri Bottas dan pendahulu keseluruhan Lewis Hamilton masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.

“Saya rasa kami agak terkejut, kami tidak menjangkakannya, berada di barisan depan. Sangat gembira,” kata Vettel yang menampilkan pemanduan sempurna untuk mengatasi rakan sepasukan buat pertama kali dalam 10 perlumbaan sejak Grand Prix Kanada pada Jun.

“Petak pendahulu tidak mustahil, Seb terlalu pantas,” kata Leclerc. “Tahniah kepadanya.”

Pasangan Mercedes mencatat masa terpantas konsisten pada latihan Jumaat dan dua sesi kelayakan hari ini namun gagal menandingi apa dilakukan Ferrari.

“Kami sentiasa tahu Ferrari mungkin menyimpan sesuatu untuk menukar keadaan,” kata Bottas. “Kami masih belum tewas, mari lihat beberapa jam lagi.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here