Kawasaki Ninja 650 bakal diperkenalkan

2443

Kawasaki mula mengeluarkan desas dusus bahawa akan memperkenalkan model terbaru Kawasaki Ninja 650. Pengeluar Jepun yang terkenal ini juga menjanjikan pandangan yang lebih menarik dan moden pada motosikal sport ini.

Kawasaki Ninja 650 terbaru akan diperkenalkan pada tahun 2020. Bukan sahaja paparan akan menjadi unik, pengeluar Jepun ini akan menjanjikan produk yang lebih menarik, lebih moden dan penuh dengan teknologi terkini.



Dikatakan bahawa motosikal ini akan mempunyai monitor TFT Dash 10.9 cm yang mampu disambung dengan telefon pintar dan GPS. Ia juga disertakan dengan paparan berteknologi tinggi (penunjuk moden), dan mempunyai Bluetooth.

Beralih kepada penampilan, motosikal ini disertakan dengan lampu LED depan dan belakang yang terkini. Lampu itu menyerupai Kawasaki ZX-6R dan Ninja 400.

Berkenaan prestasi, motosikal keluaran syarikat Jepun ini akan menawarkan enjin 650cc sebaris 2-silinder yang mampu menghasilkan tenaga hingga 67bhp dan 66Nm tork. Selain itu, motosikal ini dikatakan mempunyai berat yang ringan kerana penggunaan casis trellis. Berkenaan dengan warna, Kawasaki 650cc akan mempunyai 3 pilihan warna iaitu hijau-hitam, hitam, dan putih-hitam.

Mengenai harga motosikal ini, ia dikatakan berharga sekitar £6,500 (RM34,419) di UK.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here