Brazil sah kembali jadi tuan rumah MotoGP

1127

Brazil sudah pasti akan menjadi tuan rumah MotoGP dari 2022 hingga 2026. Negara Samba itu kali terakhir menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini adalah pada tahun 2004. 

Dipetik dari Motociclismo.it, Dorna, penganjur MotoGP dan kerajaan Brazil telah mencapai kesepakatan beberapa hari yang lalu. Untuk edisi seterusnya, Marc Marquez dan saingannya akan berentap di Rio Motorpark Circuit selama 5 tahun.



Rio Motorpark sebenarnya adalah litar baru. Sebelum ini, MotoGP Brazil telah diadakan di Jacuzzi Nelson Piquet Circuit sejak tahun 1995. Pada 1987-1989, perlumbaan itu diadakan di Golana dan kemudian berpindah ke Interlagos sehingga tahun 1992.

Rio Motorparck terletak di Deodoro, barat laut ibu negara Brazil, Rio de Janeiro. Kawasan ini kini berada di bawah milik tentera negara Samba.

Rio Motorparck dirancang akan siap pada tahun 2021. Trek ini akan mempunyai panjang sejauh 4.5 kilometer dengan 7 selekoh ke kiri dan 6 selekoh ke kanan.

Pembinaan litar di Deodoro adalah projek yang hebat, dan akan ada penyerapan tenaga kerja sehingga 7,000 orang. “Kami bukan sahaja akan menjadi tuan rumah MotoGP, tapi juga akan membangunkan kawasan ini sebagai sarana promosi pelancongan”, kata Marcelo Crivella, Datuk Bandar Rio de Janeiro.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here