Marc Marquez potong di selekoh terakhir, untuk menang MotoGP di Buriram, Thailand.

2502

Perlumbaan MotoGP di Buritam Thailand, sebentar tadi membuatkan tiada siapa yang boleh menghalang Marc Marquez untuk menjadi juara MotoGP pada musim 2019 buat kali ke lapan.

Biarpun separuh perlumbaan berada di belakang pelumba Fabio Quartararo, Marquez kelihatan menunggang secara berhati-hati selepas terbabit dengan kemalangan ketika latihan bebas pada Jumaat lalu.



Ketika empat pusingan terakhir, Marc Marquez cuba memotong pendahulunya, tetapi tidak diberikan peluang bagi pelumba pasukan Petronas Sprinta.

Sehinggalah di pusingan kedua terakhir, Marquez kelihatan semakin agresif untuk mendahului pendahuluan.

Namun di pusingan terakhir, Marquez melakukan kejutan dengan memotong Quartararo di selekoh terakhir sebelum tamat di garisan perlumbaan.

Di tempat kedua ia dimenangi oleh Fabio Quartararo diikuti Maverick Vinales di tempat ketiga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here