Aston Martin DBS GT Zagato yang menggiurkan didedah

1630

Aston Martin mempunyai sejarah hampir 60 tahun kerjasama dengan pereka bentuk dari Itali, Zagato, dan kedua-duanya baru saja mendedahkan projek baru mereka. Aston Martin DBS GT Zagato telah membuat kemunculannya selepas diumumkan awal tahun ini.

DBS GT Zagato baharu ini mesti dibeli bersama dengan bersama dengan model kembar klasiknya, DB4 GT Zagato Continuation, dan hanya 19 unit akan dibuat untuk memberi penghormatan kepada 19 GT4 asal yang telah dibina pada tahun 1960-an. Kedua-dua kereta itu memperkenalkan penampilan pertama mereka di Newport Concours Audrain terbaru di Rhode Island.



DBS GT Zagato diilhamkan dari DBS Superleggera. Berbanding dengan Superleggera biasa, kereta edisi khas Aston Martin ini mempunyai panel badan yang berlainan, gril depan yang diperbuat daripada gentian karbon dengan reka bentuk silang yang unik yang boleh dibuka dan ditutup bergantung pada keadaan, dan enjin twin turbo V12 yang menghasilkan 760hp.

Pada bahagian dalam Zagato baru, anda akan mendapat kemasan cetakan 3-dimensi dan tombol-tombol emas untuk perkara seperti kawalan iklim. Kereta yang dipaparkan di Concours menyediakan kulit Caithness Spicy Red yang diletakkan pada tempat duduk Zagato ‘Z’ biasa. Jika itu tidak sesuai dengan keinginan anda, Aston Martin boleh membantu anda menyesuaikan dan mereka bentuk DBS GT Zagato mengikut keinginan anda.

Pasangan ini datang dengan tanda harga yang berjumlah lebih daripada RM31j . Tidak terlalu murah, tetapi jika anda mempunyai wang sebanayak itu, jentera yang indah ini akan menjadi milik anda!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here