Marc Marquez akan muncul juara kali ke 8 jika….

431

Juara tujuh yaitu Marc Marquez akan muncul juara kali ke 8 pada hujung minggu ini, jika tetapi apa yang perlu berlaku untuk Marc Marquez menjuarai perlumbaan tersebut?

Juara tujuh kali itu selesa dengan 98 mata daripada Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dalam kedudukan keseluruhan dengan baki lima pusingan yang tinggal. Ini bermakna,  Marquez perlu mendapat dua mata di hadapan Dovizioso pada akhir perlumbaan pada Ahad ini untuk memenangi Kejohanan Dunia MotoGP 2019.

Jadi, Marc Marquez akan muncul juara kali ke 8 jika:

  • dia memenangi perlumbaan, tidak kira di tempat ke berapa Dovizioso menamatkan pelumbaan.
  • dia menamatkan perlumbaan di tempat ke 2,3 atau 4 dan Dovizioso menamatkan perlumbaan di belakangnya.
  • dia menamatkan perlumbaan ditempat ke 5 dan Dovizioso menamatkan perlumbaan lebih buruk dari tempat ke 6 (tempat ke 7 atau lebih rendah)
  • dia menamatkan perlumbaan pada tempat ke 6,7,8,9,10,11,12 atau 13 dan Dovizioso sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan pada 2 tempat di belakangnya.
  • dia menamatkan perlumbaan ditempat ke 14 dan Dovizioso tidak mendapatkan sebarang mata setelah selesai perlumbaan.

Kedua-dua Honda dan Ducati bersaing sengit hingga ke pusingan terakhir dalam pertemuan di Buriram yang sengit pada musim lalu, dengan Marquez memenangi perlumbaan pada musim itu. Jika hasil yang sama berlaku pada tahun ini, Marc Marquez akan menjadi menggondol kejuaraan ke lapannya.

Komen anda mungkin membantu