Toyota SUV masih OK walaupun 2 kali dipanah petir

1553

Sebuah Toyota SUV masih OK walaupun 2 kali dipanah petir . Kenderaan tersebut masih mampu bergerak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 Panahan Petir kali Pertama

Begitu juga dengan keadaan pemandu dan penumpangnya. Tiada sebarang kecederaan. Hanya terkejut dengan dentuman bunyi petir. Kejadian ini berlaku di Rusia.

Peristiwa ini sempat dirakam oleh kamera lalulintas berhampian Novosibirsk, Rusia. Kilat sabung menyabung dan berturutan jarang sekali berlaku di kawasan tersebut.

Panahan Petir Kali Ke 2

Menurut sumber, Toyota SUV masih OK walaupun 2 kali dipanah petir itu hanya pecah tingkap dan panahan petir telah menyambar Antena radio di kenderaan. Secara lojiknya sistem eletronik kenderaan akan terganggu.

Kebiasaannya panahan kilat tidak menembusi kedalam kenderaan. Tetapi arus kilat akan berlegar sekeliling badan kenderaan.

Gambaran Panahan Petir dari kereta di belakang Toyota SUV

Menurut pakar apabila berlaku Petir, jangan panik untuk mencari perlindungan tetapi duduk di dalam kereta, kadar keselamatan akan lebih tinggi.

Malah kereta dengan sistem bumbung boleh di buka dan di tutup juga selamat dari kesan kilat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here