Maverick Vinales muncul terpantas, Yamaha dominasi sesi latihan

1327

Maverick Vinales muncul terpantas ketika Yamaha mendominasi dua sesi latihan bebas menjelang perlumbaan MotoGP San Marino malam esok.

Yamaha meraih empat daripada lima tangga teratas di Misano, hanya dipisahkan oleh pendahulu kejuaraan Marc Marquez yang muncul ketiga terpantas ketika Maverick Vinales muncul terpantas.



Vinales, yang memenangi perlumbaan GP Belanda hujung Jun lalu, mencipta masa terbaik satu minit 32.775 saat yang pantas 0.057s berbanding rakan sepasukan dari Perancis, Fabio Quartararo, yang mengungguli sesi pertama.

Di belakang Marquez, yang mendahului 78 mata di depan penunggang Ducati, Andrea Dovizioso dalam perebutan kejuaraan, adalah dua jentera Yamaha dengan penunggang veteran Valentino Rossi dan Franco Morbidelli.

MARQUEZ ketiga terpantas selepas dua sesi latihan bebas.

“Jelas jika seorang daripada penunggang Yamaha menang perlumbaan ini pasti bagus,” kata Quartararo yang berusia 20 tahun.

“Sering kali bagus mempunyai seseorang yang menekan anda dan kami sering melihat siapa muncul penunggang terbaik Yamaha.”

Juara dunia tujuh kali Valentino Rossi, pemenang tiga kali di GP San Marino yang juga perlumbaan kampung halamannya berkata, Quartararo berusaha mencipta kemenangan pertama.

Pelumba rookie itu sudah meraih tiga petak utama dan tiga penamat podium musim ini.

“Untuk memenangi perlumbaan pertama, anda perlu 100 peratus dari setiap segi dan bermula dengan baik amat penting,” kata pelumba berusia 40 tahun itu, kini dalam musim ke-20 berlumba MotoGP.

“Kami belum betul-betul bersedia tapi kami semakin hampir di sana.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here