Mungkin anda tidak percaya bahawa ini adalah asalnya daripada Honda Goldwing

2066

Death Machines of London (DMOL) adalah bengkel yang kerap membuat motosikal kustom yang berkonsep unik. Satu dari ciptaannya adalah mengubahsuai keseluruhan sebuah jentera Honda Goldwing GL1000 1977.

Honda Goldwing yang telah diubah suai dan diberi nama sebagai Kenzo ini mempunyai penampilan yang sangat radikal dan dibuat dari asas Goldwing.



Diubah sedemikian rupa, Goldwing ini mula tidak menampakkan reka bentuk asalnya, cuma anda boleh mengenalinya terhadap enjinnya sahaja.

Sebaliknya, reka bentuk badannya kini berlapis dari depan hingga menutupi tangki menyerupai perisai seorang samurai.

Kemudian pada bahagian hadapan, direka sebuah penutup shock absorber dengan lengkung yang mengikuti reka bentuk badan.

Di tengah-tengah penutup ini disertakan lampu LED yang memberikan kesan yang garang dan sangat menarik.

Ciri-ciri khas samurai yang lain terdapat pada jentera ini adalah dalam hendal yang disertakan dengan pemegang tangan gaya Katana (pedang Samurai).

Untuk menjadikannya lebih menarik dan kemas, tuas brek dan klac direka dalam keadaan terbalik. Satu lagi perkara yang mencuri perhatian motosikal ini ialah speedometernya yang sangat unik.

Speedometer kelihatan begitu mewah dan elegan kerana ia dibuat dari kotak barang kemas Jepun abad ke-18 dengan ukiran naga.

Pada bahagian bawah pula, Honda Goldwing ini disertakan dengan monoshock belakang dari Ohlins.

Sementara roda aloi 18 inci digabungkan dengan brek Brembo M4 dan tayar dari Avon.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin yang mempunyai kapasiti 1,000cc dan disertakan dengan diberi ekzos 4into2 dan sumber elektrik dari Motogadget M-Unit.

Sebagai kemasan, motosikal ini diwarnakan dengan warna campuran yang dipanggil ‘Titanium Samurai’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here