Wanita ini punyai hobi menyimpan koleksi supercar Mclaren

2215

Mengumpul kereta bukan sahaja dikuasai oleh kaum Adam. Buktinya, seorang wanita dari Colorado, Amerika Syarikat (AS) memilih untuk membelanjakan wangnya untuk membeli kereta mewah. Hebatnya, koleksi wanita bernama Kathy Cargill bukan kereta biasa. Tetapi ianya adalah koleksi supercar dari pengeluar kereta dari Britain yaitu McLaren yang mempunyai harga sehingga berbilion-bilion ringgit.

koleksi supercar

Dari beberapa koleksi kereta, terdapat dua model McLaren 570S, satu model Azores Orange 720S, dan sebuah McLaren Senna.



Malah, pengeluar kereta Britain baru-baru ini melawat garaj yang penuh dengan koleksi supercar yang menakjubkan itu. Kelihatan McLaren Senna kepunyaan Cargill yang dihiasi gentian karbon dengan pelbagai aksen kuning yang cerah. Ini pastinya bukan kereta biasa.

koleksi supercar

“Saya sangat suka kenderaan yang saya ada, jadi semuanya direka untuk kemudahan. Saya tahu saya mahu tempat yang sangat istimewa untuk kereta ini” – kata Cargill.

Apabila Senna tidak dipandu, Kathy Cargill memilih untuk meletakkannya di garaj yang direka khas dengan ciri-ciri yang khas untuk jentera itu.

koleksi supercar

“Apabila anda berada di belakang roda kenderaan itu (Senna), anda mempunyai pandangan yang luar biasa tidak kira apa cara anda melihat. Anda merasakan kereta ini berada di bawah anda, merasakan jalan raya, melihat pemandangan, dan anda tidak boleh percaya betapa bertuahnya pengalaman ini”- katanya lagi.

McLaren Senna adalah kereta dengan enjin terpantas untuk kegunaan jalan raya dengan kuasa maksima 789hp dan 800Nm tork. Jentera ini juga mampu bergerak pada kelajuan 0-100 kilometer sejam dalam hanya 2.8 saat.

koleksi supercar

McLaren Senna berharga £ 750,000 (RM4,102,210) . Kereta ini dijual terhad kepada hanya 500 unit, yang dipasang menggunakan tangan selama 300 jam di Pusat Pengeluaran McLaren di Woking, Surrey, England.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here