Percayakah anda, Porsche 911 RWB ini asalnya model Hot Wheels biasa?

3547

Hot Wheels dan budaya modifikasi RWB (Rauh Welt Begriff) mempunyai kumpulan peminat masing-masing. Namun, apa terjadi apabila dua perkara ini digabungkan?

Maka, terhasillah edisi terhad yang menjadi rebutan untuk koleksi kaki Hot Wheels.



Di samping itu, terdapat juga budaya kustom Hot Wheels menjadi model Rocket Bunny, stance dan yang terbaharu, kustom sendiri Hot Wheels RWB.

JD Project, pakar kustom die-cast dari Jakarta, Indonesia baru-baru ini menayangkan projek terbaharunya, iaitu RWB yang dikustom dari model Porsche 911 (930) Carrera 1996.

JD Project melalui video di lama Youtube-nya mempamerkan hasil kerja halus yang sangat teliti dan kemas.

Skru asal dibuka untuk mengasingkan casis dan badan, cat dilunturkan dan digosok supaya licin. Beberapa panel badan seperti hud, fender dan but belakang juga dipotong menggunakan pemotong dawai besi untuk lebih perincian.

Antara teknik dan kaedah menarik digunakan adalah menggunakan bahagian jarum peniti untuk dijadikan engsel hud depan, pelekat khas seperti tanah liat untuk membentuk fender lebar gaya RWB dan bahagian head enjin yang diletakkan tiub besi untuk membentuk ITB (independent throttle body).

Spoiler besar yang menyerlah serta beberapa bahagian skirting pual dibentuk menggunakan kepingan plastik.

Setelah semua bahagian kustom padan dan tepat ukurannya, badan kereta ini mula disembur dengan warna ungu.

Kemasan dan sentuhan akhir pula termasuklah bahagian dalam hud yang menunjukkan tangki minyak, roll-cage dan manifold ekzos siap dengan turbo. Paling mengagumkan bagi kami ialah coilover dan penyerap hentak suspensi belakang yang dibuat cukup teliti sebelum memasukkan tayar belakang.

Video di Youtube yang menunjukkan sedikit sebanyak langkah projek ini telah mendapat lebih 747,000 tontonan pada masa artikel ini ditulis. Dan video itu baru diterbitkan 5 hari!

Anda juga boleh ikuti laman Instagram mereka di sini.

Hasilnya, fuh! Lihat sendiri di galeri gambar di bawah. Hebat juga ya rakan kita di Jakarta!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here