Tayar Pirelli ini mempunyai sambungan internet 5G!

2122

Keupayaan sambungan tanpa-wayar (wireless) semakin berkembang dalam dunia automotif. Sambungan telefon pintar sudah menjadi kebiasaan untuk membolehkan anda mendengar lagu kegemaran anda dalam mana-mana kereta atau memandu ke destinasi.

Tetapi Pirelli telah memberikan sedikit inovasi baharu dalam sambungan tanpa-wayar ini kepada kegunaan kenderaan.



Pirelli kini mempunya tayar yang boleh menghantar data berguna mengenai keadaan jalanraya dan hal-hal lain kepada kereta anda dan pengguna jalanraya yang lain.

Cyber Tire itu menampilkan cakera bersaiz duit syiling di dalam tayar yang menempatkan pengesan, pemproses dan elektronik komunikasi. Cakera itu memantau perkara-perkara penting dan menghantar isyarat kepada ECU kereta anda dan yang berdekatan.

Jika kereta anda mengalami aquaplane di atas lopak air, ia mampu mengelakkan anda dari kemalangan tapi pada masa yang sama boleh memberi amaran kepada pemandu lain di belakang anda mengenai bahaya itu.

Jika ada keadaan merbahaya seperti itu, ia boleh “memberitahu” kereta seterusnya untuk melaras setting enjin, traction control malah tetapan suspensi. Tayar ini juga akan mampu memantau maklumat lain yang kurang kritikal seperti keadaan bunga tayar, tekanan, suhu dan geseran pelbagai arah.

Walaupun Cyber Tire ini disasarkan kepada penggunaan jalanraya, Pirelli turut meletakkan unit pengesan ini di dalam satu set tayar P Zero Trofeo yang sangat agresif.

Dipasang pada sebuah Audi A8 di litar ujian tertutup, tayar itu mampu mengesan permukaan basah dan menghantar maklumat itu kepada sebuah Q8 yang mengikut rapat di belakang. Q8 itu menerima mesej melalui 5G sebelum sampai kepada permukaan basah itu.

Walaupun teknologi ini belum dikomersialkan sepenuhnya, ia telah digunakan dalam industri lori. Teknologi ini menjimatkan banyak masa berharga mekanik untuk memeriksa tekanan tayar. Ini kerana mereka tahu tayar mana yang perlu diisi angin dan tayar mana boleh dibiarkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here