Inilah kos yang diperlukan setiap kali anda guna lampu isyarat

2468

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa kos bagi setiap kali lampu isyarat diaktifkan. Di sini, kami bakal mendedahkan kos perbelanjaan tahunan bagi setiap kali ia dipasang.

Melalui video yang kami kongsikan ini. Ia ada menerangkan secara terperinci beserta kiraan berapa banyak tenaga dan kos yang perlu dikeluarkan setiap pemilik kenderaan.

Nombor-nombor yang tertera menunjukkan jumlah tenaga yang digunakan dan didarab dengan jumlah kos bahan api. Penerangan yang lebih mendalam dan terperinci ada dalam video ini. 



Untuk mengaktifkan lampu isyarat, pemandu hanya menggunakan tenaga sebanyak 70 watt bagi setiap jam.
 
Logiknya, anda pasti tidak akan mengaktifkan lampu isyarat sepanjang satu jam. Jadi, kira buat pengiraan berdasarkan anggaran jumlah lampu isyarat yang terdapat di atas jalan raya.
 
Kebiasaanya, pemandu hanya akan mengaktifkan signal sekitar 5 saat pada setiap kali digunakan, jumlah tenaga elektrik yang diperlukan cuma 0.08 watt.
 
Dengan menggunakan tenaga mekanikal dari enjin yang disalur menjadi tenaga melalui alternator bagi mencapai tahap kecekapan antara 70-80 peratus.
 
Melihat pada persamaan yang ditunjukkan dalam video, dengan pembakaran bahan api sebanyak 0.00005 bagi menghasilkan 0.08 watt kuasa elektrik.
 
Menarik bukan? Jadi, berapa jumlah keseluruhan yang diperlukan? Di Amerika Syarikat, setiap satu gallon bahan api berharga USD2.80, bermakna hanya menelan belanja kos sebanyak USD0.30.
 
Terdapat sesetengah negara yang menjual harga bahan api lebih murah, sekitar USD2.20 dan hanya memerlukan sejumlah USD0.21 sahaja.
 
Bagi negara-negara Eropah seperti United Kingdom, France, dan Germany, sebanyak USD0.57 diperlukan, sebaliknya, di Russia hanya pada kadar USD0.26 sahaja.
 
Murah bukan! Jadi kalau mahu masuk simpang atau mahu tukar laluan, sila beri lampu isyarat.
 
 
Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here