Viral: Polis tahan pemandu Myvi langgar pelajar depan sekolah

209

Polis menahan pemandu kereta yang melanggar murid dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata kejadian pada jam 7.10 pagi itu melibatkan Perodua Myvi dan kanak-kanak berusia 11 tahun yang sedang melintas jalan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.



“Lelaki itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar seorang murid yang sedang melintas.

“Akibat pelanggaran tersebut, murid itu mengalami kecederaan patah ibu jari kaki kanan, luka di kaki selain tangan,” katanya.

Menurut Maslan pihaknya menahan pemandu tersebut dan mendapati lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Hasil ujian saringan alkohol menunjukkan bacaan sebanyak 203mg alkohol/100ml darah, melebihi had 153mg alkohol/100ml darah.

Pemandu kereta itu direman selama empat hari sehingga 27 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here