Projek kereta nasional ketiga untuk rakyat Malaysia belajar kejuruteraan automotif – Dr M

1918

Pengenalan projek kereta nasional ketiga ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia menambah pengetahuan dalam teknologi kejuruteraan automotif, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir di SIC. Imej: NST

Beliau melahirkan kebimbangannya terhadap kekurangan pengetahuan mengenai industri kejuruteraan automotif dalam rakyat Malaysia.

“Kita tidak tahu apa-apa dalam kejuruteraan automotif, sebab itulah kita memperkenalkan kereta nasional ketiga…untuk belajar dan sila belajar.



“Rakyat Malaysia fikir mereka sudah tahu segalanya. Mereka tidak mahukan kereta nasional ketiga kerana mereka kata ia membazirkan wang.

“Mereka rasa mereka tahu segalanya mengenai kejuruteraan automotif tetapi mereka tidak tahu apa-apa. Anda lihat kemajuan yang dicapai China dalam tempoh singkat kerana mereka meceburi perniagaan automotif”, dia menambah.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengesahkan aspirasinya untuk projek kereta nasional ketiga semasa lawatannya ke Jepun pada Jun.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan sedang melihat untuk membangunkan kereta nasional 3.0 selepas Proton dan Perodua.

Terdahulu, Dr Mahathir melancarkan Asia GT Fesitval di Litar Antarabangsa Sepang di sini.

Beliau juga merasmikan upacara pelepasan 70 buah Proton Saga generasi pertama untuk perlumbaan Saga Cup dalam Malaysia Speed Festival (MSF) yang merupakan ideanya dari 1980-an, iaitu Proton Saga asal.

Pelumba Malaysia, Jazeman Jaafar turut membawa Dr Mahathir menaiki NIO EP9, salah satu kereta elektrik paling laju di dunia, untuk satu pusingan di litar itu.

Bila ditanya mengenai pengalamannya, Dr Mahathir berkata; “Ia mengujakan. Degupan jantung saya meningkat ke 140 bpm.”

Malaysia menganjurkan Asia GT Festival pertamanya yang bermula pada 15 Mac di SIC. Dianjurkan oleh Country Heights dan rakan kongsinya, Goldenport Enterprise, ia juga pertama kali diadakan di luar China.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here