BMW 3-Series 2019 sah lancar bulan ini

1443

BMW 3-Series 2019 akan menjadi model seterusnya untuk dilancarkan selepas BMW Malaysia melancarkan 8-Series baru-baru ini. Sedan generasi ketujuh dengan kod G20 itu mula membuat penampilan sulungnya Oktober tahun lepas.

Tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi BMW 3-Series 2019 pada masa ini. Namun apa yang diketahui, ia boleh didapati dengan enjin 2.0-liter turbo empat-silinder dengan dua tahap. Transmisi automatik lapan-kelajuan adalah standard.



320i dengan 184PS pada 5,000-6,000 rpm dan 300Nm tork pada 1,350-4,000 rpm, dengan pecutan 0-100km/j dalam 7.2 saat.

330i pula memberikan 258PS pada 5,000-6,000 rpm dan 400Nm tork pada 1,550-4,400 rpm, dan ini mempercepatkan pecutan 0-100km/j dalam 5.8 saat sahaja.

Kami jangkakan kedua-dua varian petrol ini akan ditawarkan semasa pelancaran nanti.

Sedan 3-Series ini juga boleh didapati dalam konfigurasi 318d, 320d dan 330d, serta M340i xDrive. Terdapat juga varian 330e iaitu plug-in hybrid (PHEV).

3-Series G20 menampilkan beberapa ciri baharu seperti lampu depan Laserlight, “langsir udara” diinspirasikan dari NACA duct, brek parkir elektronik, Live Cockpit Professional dengan skrin 10.25-inci dan BMW Operating System 7.0.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here