Mercedes GLC 300 2019 ialah model terkini dipasang di kilang Mercedes Pekan

3245

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini mempersembahkan SUV coupe sporti terkini mereka, GLC 300 Coupé. Model ini datang dengan varian tunggal, “berperisa” AMG Line. GLC 300 Coupé ini juga merupakan model CKD (pemasangan tempatan) terkini mereka yang dipasang di fasiliti mereka di Pekan.

Mercedes GLC 300 AMG Line menerima kuasa dan prestasi lebih dari model sebelum ini iaitu GLC 250 Coupé, pada 245hp dan 370Nm tork. Output ini walaubagaimanapun adalah dari enjin sama iaitu 2.0-liter turbo petrol.



Transmisi ialah 9G-TRONIC PLUS dan DYNAMIC SELECT untuk kawalan pilihan mod pemanduan.

Dengan AMG Line, GLC 300 Coupé dilengkapi kemasan AMG di bahagian luarnya. Ini merangkumi kit badan AMG, spoiler belakang MBA, rim aloi 20-inci, dan pemijak kaki aluminium. Ia turut mendapat lampu depan LED Intelligent Light System dengan Highbeam Assists Plus iaitu kawalan adaptif untuk lampu tinggi.

Kelengkapan AMG di bahagian dalam pula termasuklah tempat duduk kulit ARTICO, pedal sport AMG dan roda stereng AMG dengan bahagian bawah rata. Untuk papan pemuka, pembeli boleh memilih untuk kemasan aluminium cerah atau hitam piano.

Mercedes GLC 300 ditawarkan dengan teknologi terkini seperti Lane Tracking Package, Blind Spot Assist, HANDS FREE ACCESS dan Active Parking Assist dengn PARKTRONIC.

SUV Coupé sporti ini akan dijual dengan harga cadangan RM399,888.00. Mercedes-Benz Malaysia menyediakan pembiayaan fleksibel seperti ansuran bulanan berpatutan, pilihan perjanjian fleksibel dan nilai harga terjamin untuk masa depan.

Layari laman web Mercedes-Benz Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan Agility ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here