[Video] Kereta muncung panjang – Budaya Bosozoku muncul di Malaysia

2711

Pada acara Retro Havoc 2019, satu kenderaan yang kelihatan cukup unik dipamerkan dengan bentuk muncung tajam. Buat masyarakat Malaysia termasuk penulis, ia boleh dikatakan agak pelik, tetapi budaya modifikasi seperti itu sebenarnya sudah lama bertapak di Jepun. Di negara matahari terbit, konsep yang anda lihat itu adalah Bosozoku yang bermaksud ‘kumpulan yang sudah di luar kawalan’.

Toyota Mark II Konsep Bosozoku
Toyota Mark II Konsep Bosozoku

Modifikasi ini sebenarnya amat pelik. Ini kerana majoriti kenderaan menjalani modifikasi dilengkapi spoiler tinggi, muncung depan panjang dan ada juga ekzos seolah-olah setinggi pokok buluh.

Namun itu semuanya seni dalam dunia modifikasi, jika tidak budaya ubah suai tempatan hanya tertumpu benda-benda biasa yang selalu kita lihat dan agak basi.



Motoqar.my mahu mengucapkan syabas, ini kerana korang memang berani untuk membina satu jentera yang cukup unik!

Bagi menjelaskan apa Bosozoku, jom layan video di bawah:

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here