Senarai pelumba yang mengikuti ujian pra-musim Formula 1 2020 di Barcelona

1534

Persediaan untuk perlumbaan Formula 1 2020, secara rasmi bermula hari ini, pada hari Rabu (19/2/2020) dengan ujian pra-musim di Barcelona.

 Formula 1 2020

Ujian pra-musim Formula 1 2020 akan berlangsung dalam dua siri di Circuit de Barcelona-Catalunya.



Siri yang pertama ialah pada 19-21 Februari dan siri yang kedua adalah pada minggu hadapan, iaitu pada 26-28 Februari.

Lapan pasukan telah memperkenalkan barisan jentera dan para pelumba untuk tahun ini, dan ada juga yang sudah melakukan sesi pemanasan.

barisan para pelumba Formula 1 pada siri 2019

Bersama dengan hari pertama ujian pra-musim Formula 1 2020, pasukan Haas dan Alfa Romeo dijadualkan secara rasmi melancarkan jentera dan pelumba mereka.

Ujian pra-musim juga akan terbahagi kepada dua waktu iaitu sesi pagi bermula dari 9 pagi hingga 1 petang. Sesi seterusnya pula akan bermula dari pukul 2 petang hingga pukul 6 petang.

Berikut adalah senarai pelumba Formula 1 yang akan mengambil bahagian dalam ujian ppra-musim Formula 1 2020 di Barcelona.

Rabu, 19 Februari

Alfa Romeo: Robert Kubica (pagi), Antonio Giovinazzi (petang)
AlphaTauri: Daniil Kvyat
Ferrari: Sebastian Vettel
Haas: Kevin Magnussen
McLaren: Carlos Sainz
Mercedes: Valtteri Bottas (pagi), Lewis Hamilton (petang)
Racing Point: Sergio Perez (pagi), Lance Stroll (petang)
Red Bull: Max Verstappen
Renault: Esteban Ocon (pagi), Daniel Ricciardo (petang)
Williams: George Russell (pagi), Nicholas Latifi (petang)

Khamis, 20 Februari

Alfa Romeo: Kimi Raikkonen
AlphaTauri: Pierre Gasly
Ferrari: Charles Leclerc (pagi), Sebastian Vettel (petang)
Haas: Romain Grosjean
McLaren: Lando Norris
Mercedes: akan diberi tahu
Racing Point: Sergio Perez
Red Bull: Alexander Albon
Renault: Daniel Ricciardo (pagi), Esteban Ocon (petang)
Williams: George Russell

Jumat, 21 Februari

Alfa Romeo: Antonio Giovinazzi
AlphaTauri: Daniil Kvyat (pagi), Pierre Gasly (petang)
Ferrari: Charles Leclerc
Haas: Romain Grosjean (pagi), Kevin Magnussen (petang)
McLaren: Lando Norris (pagi), Carlos Sainz (petang)
Mercedes: akan diberi tahu
Racing Point: Lance Stroll
Red Bull: Max Verstappen (pagi), Alexander Albon (petang)
Renault: Esteban Ocon (pagi), Daniel Ricciardo (petang)
Williams: Nicholas Latifi

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here