Secara rasmi tukar nama, pasukan AlphaTauri pamerkan jentera baru musim 2020

1440

Pasukan Toro Rosso secara rasmi menukar namanya kepada AlphaTauri ketika mereka mempamerkan jentera baru mereka untuk musim Formula1 2020 pada hari Jumaat (14 Februari 2020).

 AlphaTauri

Jentera baru yang disertakan dengan warna biru gelap dan putih ini diperkenalkan di Salzburg, Austria. Jentera ini, yang dinamakan AT01, menggunakan enjin dari Honda.



Pasukan AlphaTauri masih akan dipandu oleh pelumba mereka iaitu Pierre Gasly dan Daniil Kvyat pada Formula1 2020.

Pierre Gasly (kiri) dan Daniil Kvyat (kanan)

Kvyat menjadi pelumba pertama untuk mencuba enjin baru jentera ini. AT01 akan digunakan di litar Misano, Itali untuk menjalani sesi shakedown pada hari Sabtu (15 Februari 2020).

AlphaTauri akan cuba untuk meneruskan keputusan positif Toro Rosso pada tahun lepas, dimana Kvyat dan Gasly berjaya meraih kedudukan podium.

 AlphaTauri

“Nama baru dan sasaran yang baru untuk pasukan. Sudah tentu secara teknikal, pasukan ini akan meneruskan evolusi pada tahun lalu,” kata Kvyat seperti yang dipetik dari laman web rasmi Formula 1.

“Saya boleh katakan tahun lepas pasukan menunjukkan prestasi yang kuat,” kata Kvyat.

 AlphaTauri

“Sudah tentu yang menjadi perhatian adalah podium saya di Formula 1 Jerman pada musim lalu, jadi kami mahu terus seperti itu untuk tahun ini,” tambah Kvyat.

Gasly, yang memenangi podium kedua di Formula 1 Brazil, tidak sabar untuk segera tampil dengan pasukan yang memiliki kemasan baru ini. 

“Pasukan ini mempunyai tenaga yang luar biasa, semua orang sangat bersemangat dan kami perlu berada di litar sekarang,” jelas Gasly.

Pasukan dan pemandu akan menjalani ujian pra-musim di Litar Barcelona-Catalunya pada 19 Februari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here