RETRO MODEN Berkuasa Tinggi – HONDA CB1100RS

2333

Segmen retro semakin mendapat tempat di hati peminat dua roda di negara kita. Honda tidak mensia-siakan peluang yang terpancar dengan mengeluarkan varian Retro Moden.

Honda CB1100RS varian Retro Moden mula menerjah pasaran motosikal negara kita di awal 2019.



Tampak Honda seakan-akan mencipta satu generasi baru. Jangan terkeliru motosikal ini bukannya sebuah jentera Retro Klasik,Tourer atau Sportbike.

Peralatan moden dan baharu maka selayaknya motosikal ini di kategorikan jentera Retro Moden. Honda CB1100RS telah mendapat kelulusan Euro 4.

Tapi yang pastinya CB1100RS sebuah motosikal yang berat.  Dengan berat 252kg mungkin menyukarkan bagi mereka yang berat badan bawah 60kg.

Pengalaman menunggang uji motosikal ini selama beberapa hari cukup menyeronokkan terutama di lebuhraya.

Nasib tidak menyebelahi Tester. Boleh di katakan sepanjang mejalankan ujian terpaksa meredahi hujan lebat. Walaupun jadual ujian di tukar pada malam hari namun cuaca tetap sama.

Kestabilan. Topik ini yang sering menjadi keutamaan Tester sewaktu menguji motosikal. Sememangnya CB1100RS terpuji dari segi pengawalan

Walaupun tidak dapat melakukan pecutan yang maksima sewaktu ujian, namun dapat dirasakan kestabilannya. Ini dibuktikan sewaktu meredahi air dengan permukaan jalan yang licin.

Kestabilan ini juga membabitkan gabungan suspensi depan dan belakang. Terhidang 43mm fork Showa dan penyerap kejutan berkembar Showa di belakang.

Kedua suspensi  tersebut memberi tindakbalas yang sempurna bersesuaian permukaan jalan yang di redahi. Monoshock CB1100RS mengingatkan Tester kepada Kawasaki ZXR1200 .

Monoshock ini di kenali sebagai Twin Showa Remote Reservoir Rear Shocks.

Kemampuan enjin CB1100RS tidak dinafikan memang menghasilkan tenaga yang boleh dibanggakan. Tetapi berdasarkan rekabentuknya, pecutan bukanlah sesuatu yang didambakan.

Enjin DOHC empat injap dan empat lejang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair bersasaran 1,140cc.Mampu menjana kuasa mencecah 66kW pada 7,500rpm dan tork 91Nm pada 5,500rpm.

Tester cukup berminat apabila melihat rim aluminium berukuran 17 inci CB1100RS.Nampak cantik dan teratur.

Sistem keselamatan yang tersedia di jentera Retro Moden ini mengikut trend masa kini.

 

Cakera berkembar 310mm di hadapan dan cakera tunggal di belakang serta dibekalkan dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS).

Walau sejauh mana mengembara dengan Honda CB1100RS, yang pastinya gaya tunggangan tidak ekstrim dan badan kita tidak terseksa seperti Superbike.

Tester definasikan gaya tunggangan CB1100RS ini sebagai”Duduk Dalam Motosikal”. Dimana kedua tangan penunggang tidak dibebankan dengan berat badan sewaktu menunggang.

Penunggang merasa lebih selesa dan relak dengan gaya tunggangan sebegini.

 

Honda CB1100 RS datang dengan dua warna iaitu hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic).

Harga yang ditawarkan ialah RM75,999 (tidak termasuk cukai jalan/insuran dan yuran pendaftaran).

SPEKSIFIKASI HONDA CB1100RS

ENJIN
1140cc Inline four-cylinder, air and oil-cooled, DOHC

KUASA
6-speeds Multiplate wet
89 Kuasakuda

BAHANAPI
Kapasiti-16.8 Liter
Pengunaan – 4.9 L/100 km

BERAT
252 kg

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here