Hafizh Syahrin sesuaikan diri di Moto2 untuk persediaan musim 2020

2232

Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang pernah mencipta sejarah bersaing di saingan MotoGP, kini kembali bersaing dalam kelas Moto2.

Beliau yang pernah bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3 dan Red Bull KTM Tech 3 kembali ke kelas Moto2 selepas kontraknya bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3 tidak dilanjutkan. 

Hafizh Moto2



“Saya masih terbiasa menggunakan gaya perlumbaan MotoGP,” katanya selepas kali terakhir bersaing dalam siri Moto2 pada tahun 2017.

Tetapi dengan mengikuti ujian pra-musim Moto2 di Jerez selama dua hari (10 dan 11 Februari), Hafizh merasa lebih baik dan mula mengetahui apa yang perlu dilakukan pada jentera Moto2 kali ini.

Selain menggunakan casis lebih pantas, enjin jentera Moto2 pada masa kini sudah berbeza daripada era Hafizh ketika di Moto2.

Hafizh Moto2

“Kami bertambah baik, terutama pada hari kedua, dan jelas bahawa kami masih mempunyai ruang untuk meningkatkan prestasi.

“Khususnya dari segi kelajuan di selekoh dan teknik brek yang sangat berbeza dari MotoGP,” kata Hafizh yang menyelesaikan 110 pusingan dalam ujian pra-musim Moto2 di Jerez.

Hasil ujian pra-musim Moto2 Jerez, 10 Februari 2020

1. Martin, 1:41,841
2. Marini, 1:41,981
3. Navarro, 1:41,993
4. Di Giannantonio, 1:42,072
5. Vierge, 1:42,080
6. Chantra, 1:42,175
7. Bezzecchi, 1:42,286
8. Bulega, 1:42,471
9. Canet, 1:42,496
10. Nagashima, 1:42,556
11. Augusto Fernandez, 1:42,647
12. Pons, 1:42,707
13. Lowes, 1:42,829
14. Syahrin, 1:42,962
15. Dixon, 1:43,386
16. Farid Izdihar, 1:44,532

Hasil ujian pra-musim Moto2 Jerez, 11 Februari 2020

1. Bezzecchi, 1:41,410 min
2. Vierge, 1:41,721 min, + 0,311 saat
3. Canet, 1:41,752, + 0,342
4. Navarro, 1:41,830, + 0,420
5. Bulega, 1:41,903, + 0,493
6. Di Giannantonio, 1:41,913, + 0,503
7. Marini, 1:42,010, + 0,600
8. Pons, 1:42,057, + 0,647
9. Dixon, 1:42,174, + 0,764
10. Chantra, 1:42,352, + 0,942
11. Nagashima, 1:42,399, + 0,989
12. Augusto Fernandez, 1:42,541, + 1,131
13. Syahrin, 1:42,605, + 1,195
14. Farid Izdihar, 1:43,666, + 2,256
15. Martin, 1:44,373, + 2,963

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here