Devotees Of Charade Mega Convoy 2020 himpun 15 kelab Charade seluruh negara!

3863

Devotees of Charade Mega Convoy Kedah 2020 atau singkatannya DOC merupakan salah satu acara tahunan bagi pemilik kereta jenis Daihatsu Charade.

Acara kali ini telah singgah di sebuah negeri yang terkenal dengan jolokan “jelapang padi” iaitu Kedah Darul Aman. 



Program yang berlangsung pada 6 hingga 8 Mac 2020 telah diadakan di Pantai Merdeka ini telah berjaya menghimpunkan 59 buah Charade dari 15 kelab serta komuniti peminat Charade dari seluruh negara.

Dan sudah pasti pelbagai model Daihatsu Charade dari pelbagai generasi dan versi dapat dilihat. Charade turbo 2-pintu pun ada!

Berikut adalah senarai kelab yang terlibat:

Daihatsu Charade Perlis
Kedah Charaders
PEDOC (Penang Daihatsu Charade Owner Club)
GCI (Geng Charade Ipoh)
Charade R Limited
GCM (Ganu Charade Members)
Daihatsu Series Melaka
Daihatsu Borneo Region
CORSA (Charade Organization Shah Alam)
Charade Wangsa Maju
Chariders
N9CC (Negeri Sembilan Charade Community)
DCJNTT (Daihatsu Charade Johore Entity)
KCS (Kuantan Charade Syndicate)
DRT (DOC Racing Team)

Pelbagai acara telah disusun bagi memastikan kehadiran para sahabat yang sanggup datang dari jauh berpuas hati dengan penganjuran mereka pada kali ini.

Dengan penyertaan 135 orang dewasa dan 98 orang kanak-kanak, pasti suasana meriah dan perlukan perancangan rapi.

Objektif himpunan kali ini adalah merapatkan hubungan sesama ahli, membentuk komuniti Daihatsu Charade yang kukuh di Malaysia, dan berkongsi maklumat, ilmu serta pendapat.

Antara pengisian utama Devotees of Charade 2020 ini adalah sesi ice-breaking (suai-kenal), cabutan bertuah, jualan amal (yang disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Batu 9, Sg Petani, Kedah), sesi fotografi pemilik bersama kereta, dan sesi fotografi red carpet.

Selain itu, terdapat juga pertandingan untuk seisi keluarga seperti sukaneka dewasa, sukaneka kanak-kanak yang merapatkan ukhwah sesame ahli. Pertandingan autoshow Daihatsu Charade juga menjadi acara penting. Nama pun kelab kereta, kan?

Apa yang dapat dilihat, peserta amat berpuas hati dengan penganjuran pada kali ini. Selain itu, rata-rata peserta tidak melepaskan peluang menjadikan acara ini sebagai salah satu medium khas untuk memastikan mereka dapat terus berhubung di laman sosial.

Acara diakhiri dengan berjabat mesra sesama ahli sebagai tanda perpisahan. Penganjur juga sempat memberi ingatan dan nasihat kepada para peserta yang akan berkonvoi agar menjaga nama baik kelab selain sentiasa menjaga tingkah laku dan mematuhi peraturan jalan raya. PS: Terbaik penganjur!

Akhir sekali penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir serta para penaja kerana sudi memberi penajaan dalam program pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua penaja, iaitu:

Acitpanda Autopart
Boost Up Motoworks
Fadeeb Homestay & Properties Consultant
Emy’s Corner JB
SAG (Speed Auto Garage)
One Touch Resources
Chippomen Garage
Prima Wafour
NH Auto Service
AO Garage
Penaja-penaja perseorangan

Untuk masa depan, komuniti Charade bercadang mengadakan himpunan edisi seterusnya di Terengganu pada 2021. Mereka juga berharap dapat terus menghimpunkan pemilik Charade serta menarik golongan muda untuk meminati model klasik yang ikonik Daihatsu ini.

Info oleh: Topex Melepex
Foto oleh: Unit Media DOC

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here