Tesla giat mencari lokasi kilang Tesla Cybertruck di Amerika Syarikat

1721

Tesla merancang untuk membina pusat pengeluaran Cybertruck di sebuah kilang baru di Amerika Syarikat. Perkara ini dinyatakan oleh CEO syarikat, Elon Musk melalui Twitter. 

Tesla amerika syarikat

Dengan pembinaan kilang ini, ianya kemungkinan akan menimbulkan persaingan di kalangan jenama pengeluar lain seperti yang pernah dibuat oleh Tesla pada enam tahun lalu.



Kilang untuk pengeluaran trak pikap elektrik dan crossover Model Y ini dirancang untuk dibina di pantai timur negara itu, kata Musk. Dia hanya mengatakan akan dibina di pantai timur AS dan tidak mengulas lanjut tentang lokasi tepat kilang tersebut.

Musk berkata strategi pembinaan kilang ini merupakan strategi yang sama digunakan pada tahun 2014 dimana Tesla berjaya memperoleh pakej insentif sebanyak USD1.3 bilion (RM5.5 bilion) dari Nevada.

Negara yang mempunya undang-undang hak untuk bekerja, berkemungkinan akan menjadi pesaing untuk kemudahan Tesla, kata Hohn Boyd, ketua syarikat pemilihan tapak perkilangan yang berpangkalan di Princeton, New Jersey.

“Saya akan meletakkan Tennessee, Indiana, Kentucky, Texas dan Michigan dalam senarai,” kata Boyd. “Ini akan menjadi projek yang besar bagi sektor automotif.”

Insentif kerajaan Amerika Syarikat akan memainkan peranan dalam membuat keputusan Tesla, bersama dengan kos logistik, akses kepada tenaga kerja, tenaga kerja yang berkebolehan, dan kualiti hidup, kata Musk. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here